Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Mereka yang Paling Istimewa Di Hati Orang Tuanya.

loading...
loading...
Ilustrasi kakak beradik

Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain.

Betulkah kenyataan tersebut?

Menurut Dato’Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak pertama atau sulung mempunyai karakter yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding adik-beradik yang lain.

Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain.

Anak sulung juga mempunyai kelebihan membujuk orang lain sehingga mampu membimbing orang lain walaupun dalam keadaan sulit.

Tetapi adakalanya anak sulung agak sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain terutama ibu bapa serta adik-beradik lain.

Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.

Ego

Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi anak sulung sebenarnya lebih degil dan ego dalam segala hal. Dengan kata lain mereka tak mahu dipandang rendah dalam segala hal apalagi hal kecil sekalipun. Malahan anak sulung tidak suka diarahkan dalam segala hal yang bakal mereka lakukan.

Bertolak ansur dan rasional

Walaupun tegas namun anak sulung masih mampu untuk bertolak ansur dalam segala hal. Mungkin ini disebabkan mereka coba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik-beradiknya.

Memang betul kadangkala anak sulung lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karakter ini lebih terseralah. Mungkin karena coba memperlihatkan sikap dan rasa tanggung jawab mereka kepada ibu ayah serta ke semua adik-adiknya.

Mengawal orang lain

Hal ini selalu dikaitkan dengan kepiawaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan orang lain di sekeliling. Hal ini juga mungkin disebabkan rasa hormat adik-beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak pengalaman dan ilmunya.

Lebih bijak

Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjanya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik-beradiknya.
loading...
LANGSUNG SHARE KE MEDSOS...